sukan

Pemain Malaysia cipta sensasi mara ke Final Masters Indonesia

Pemain perseorangan wanita negara, K. Letshaana, melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Masters Indonesia selepas menewaskan lawan dari Taiwan, Liang Ting-yu, dengan kemenangan straight set 21-18, 21-19.

Pemain berusia 21 tahun itu mempamerkan persembahan memukau dalam pertandingan berstatus Super 100 itu dengan menumpaskan cabaran dari rakan senegara, Eng Ler Qi, dan wakil dari tuan rumah, Bilqis Prasista yang mewakili Indonesia.

Ketika mengesahkan dirinya ke separuh akhir, Chiara Marvella Handoyo terpaksa menarik diri di set ketiga, sekali gus membenarkan pilihan ketiga kejohanan itu ke pusingan seterusnya.

sumber:- stadium astro

Sebagai rekod, kali terakhir Letshaana meraih gelaran juara dalam siri Jelajah Dunia BWF ialah pada tahun lalu dalam Terbuka Uganda yang mengalahkan pemain Turki, Neslihan Yigit.