Aksi cemerlang penjaga gol skuad kebangsaan Indonesia, Maarten Paes, membantu dirinya memenangi anugerah MLS Save of the Year 2024, yang dilakukan ketika kunjungan ke LA Galaxy.
Pemain berusia 26 tahun itu mewakili Dallas FC menafikan sepakan penalti Gabriel Pec pada minit ke- 32, sebelum bertindak cemerlang menafikan percubaan bola muntah pemain sayap itu.
sumber:- stadium astro
Anugerah itu hadir selepas musim yang cukup memberangsangkan daripada Paes, yang memperoleh anugerah MLS All-Star dan mula mewakili skuad kebangsaan Indonesia. Tambahan lagi, Paes antara lima terbaik menafikan percubaan dalam saingan MLF (118) dan merekodkan lima perlawanan tanpa bolos sepanjang musim.