Johor Darul Ta’zim (JDT) terus memungut tiga mata penuh dalam Liga Super Malaysia selepas memperoleh kemenangan berdepan Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, sebentar tadi.
Dua jaringan daripada pemain import, Heberty Fernandes, memberi kelebihan kepada juara 10 kali Liga Super itu pada separuh masa pertama bagi menjarakkan kualiti permainan.
Pemain berjersi 37 itu membuka tirai jaringan menerusi sepakan percuma pada minit ke-15 selepas Bergson da Silva dikasari di luar kotak penalti.
Negeri Sembilan melakukan serangan lancar pada awal permainan, namun gerakan tersebut tidak membahayakan gawang JDT yang dikawal rapi oleh penjaga gol kebangsaan, Syihan Hazmi Mohamad.
Heberty sekali lagi menyumbat gol kedua buat skuad kendalian Hector Bidoglio untuk kedudukan 2-0 sebagai bekalan menuju separuh masa kedua.
Arif Aiman Hanapi turut mencatatkan nama selaku penjaring gol pada minit ke-50 susulan gerakan solonya di sebelah kanan perlawanan berjaya membuahkan hasil buat JDT.
Sepakan Takumi Sasaki pada ketika masa tambahan gagal memberi hadiah sagu hati buat tuan rumah yang terus dibelenggu dengan kekalahan.
sumber:- stadium astro
Harith Samsuri dilayangkan kad merah selepas sepakan Oscar Arribas terkena tangannya dalam kotak penalti dan dipaksa meninggalkan padang.Jorge Obregon menyempurnakan penalti untuk JDT membawa pulang empat gol ke Stadium Sultan Ibrahim.