Pertembungan ibarat langit dan bumi bakal menyaksikan pendahulu Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT), menentang kelab tercorot, Negeri Sembilan, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, sebentar nanti.
Selepas mempamerkan kecemerlangan memukau, Nantha Kumar Kalliappan sekali lagi menurunkan Tauffiq Ar Rasyid Johar selaku penjaga gol utama Negeri Sembilan sambil dibantu Annas Rahmat dan Zainal Abidin Jamil.
Pemain terbaru, Sebastian Avanzini, diberi tanggungjawab mengawal barisan tengah bersama Takumi Sasaki untuk melancarkan serangan di samping bertahan di halaman sendiri.
Sementara itu, pertahanan kebangsaan, Matthew Davies dan Corbin Ong, kembali memperkuat Harimau Selatan dalam misi meraih kemenangan seterusnya bagi mengukuhkan kedudukan teratas liga.
sumber:- stadium astro
Ekoran kecederaan yang dialami sebelum ini, kelibat Afiq Fazail turut berada dalam kesebelasan utama JDT dan akan bergandingan bersama Nazmi Faiz yang menggantikan Juan Muniz.