sukan

Guardiola ‘pening kepala’

Pemain sayap Manchester City, Savinho dan pertahanan Manuel Akanji berada dalam dalam senarai kecederaan terbaharu kelab selepas tewas 1-2 pada saingan Piala Liga di tangan Tottenham Hotspur, semalam.

Perkara itu dimaklumkan pengendali City, Pep Guardiola dengan dia kini hanya mempunyai 13 pemain yang cergas dalam skuad kendaliannya.

Savinho diusung keluar pada minit ke-62 dengan pemain berkenaan berkemungkinan mengalami kecederaan buku lali, manakala Akanji tidak diturunkan atas alasan masalah otot ketika sesi memanaskan badan.

Sebelum ini, City sudah kehilangan pemain tonggak seperti Kevin De Bruyne, Rodri, dan Kyle Walker manakala Oscar Bobb, Jeremy Doku dan Jack Grealish juga terlepas beberapa perlawanan sebelum ini.

“Kami mempunyai 13 pemain (yang cergas) jadi kami berada dalam situasi sangat sukar. Pemain yang bermain, mereka menamatkan permainan dengan kebanyakannya mengalami masalah dan kita akan lihat bagaimana untuk membantu memulihkan mereka,” kata Guardiola.

“Saya fikir kami dalam masalah kerana dalam tempoh sembilan tahun, kami tidak berdepan situasi sebegini dengan terlalu banyak kecederaan.

“Harap dia (Savinho) tidak begitu teruk tetapi kita akan lihat… Akanji semalam, saya tidak tahu mengenainya, pada aksi terakhir (dia) merasai sesuatu di bahagian otot dan hari ini dalam sesi memanaskan badan, dia tidak berasa selesa.”

sumber:- BH

City mendahului carta Liga Perdana Inggeris dengan satu mata daripada Liverpool dan dijadual bertandang ke laman Bournemouth, esok. – REUTERS

Recent Posts

  • sukan

Saham ‘botak viral’ terus melonjak

Pendatang baru Liga Turkiye, Kocaelispor dilaporkan berminat mendapatkan khidmat penyerang baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo. Minat terhadap penyerang kelahiran Brazil… Read More

60 minutes ago
  • sukan

“Kalau FIFA tak benarkan , Kenapa beraksi”

Pemain warisan meletakkan penanda aras yang tinggi dalam skuad kebangsaan selepas kejayaan membelasah gergasi Asia Tenggara, Vietnam 4-0 dalam aksi… Read More

2 hours ago
  • sukan

Nama Shin Tae-yong kini jadi sebutan sebagai pengendali baharu

Skuad kebangsaan China dilaporkan bersedia untuk memburu khidmat bekas ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong. Perkembangan ini hadir ketika pasukan kebangsaan… Read More

2 hours ago
  • sukan

DMA Islam kecewa pertarungan batal saat akhir

PEMPENGARUH media sosial, DMA Islam meluahkan rasa kecewa apabila pertarungan tinju menentang Abang Koroy sempena Hari Sukan Negara 2025 (HSN2025)… Read More

3 hours ago
  • sukan

Muka tetap Harimau Malaya jadi pilihan pasukan

Imigresen dilaporkan sedang dalam proses mendapatkan enam pemain yang pernah menyarung jersi Harimau Malaya bagi menghadapi saingan Liga Super musim… Read More

3 hours ago
  • sukan

Onana jadi kambing hitam

MANCHESTER United dinasihatkan agar tidak membazir wang untuk mencari pengganti Andre Onana. Nasihat ini datang daripada seorang legenda kelab yang… Read More

3 hours ago