sukan

Punca karier Nidzam Jamil ‘musnah’

Bekas pemain Selangor, Azlan Johar menyifatkan keputusan Nidzam Jamil meletak jawatan ketua jurulatih Gergasi Merah sebagai perkara yang menyedihkan.

Azlan menjelaskan, ia kerana beliau melihat Nidzam sebagai jurulatih muda tempatan yang berpotensi dan berjaya membawa Selangor ke tahap prestasi terbaik.

Beliau mendakwa keputusan yang diambil Nidzam mungkin disebabkan tekanan atau desakan daripada peminat terutama netizen.

Katanya, Nidzam sebenarnya sudah menjalankan tugas dengan baik, malah prestasi atau keputusan yang diraih Selangor musim ini lebih baik jika dibandingkan dengan jurulatih dari luar negara sebelum ini.

“Dia (Nidzam) pun ada keluarga, mungkin risau turut babitkan keluarga dia sebab ada (komen) netizen sampai babitkan keluarga. Tapi tahniah dan syabas kepada netizen yang mana mereka berjayalah.

“Mereka berjaya memusnahkan seorang jurulatih yang berkaliber. Kalau kita tak bagi peluang kepada jurulatih seperti Nidzam, bagaimana kita nak tahu kehebatan dia.

“Jurulatih hebat dunia pun pernah mengalami kekalahan berturut-turut. Ini baru berapa perlawanan dan dia (Nidzam) kalah pun dengan pasukan kuat. Kalau kalah dengan pasukan bawahan liga, itu mungkin jadi satu pertanyaan.

“Tetapi, ini kalah dengan pasukan paling atas liga. Nampaknya peminat masih tidak faham bahawa sebelum ini jurulatih dari luar negara juga teruk. Saya berasa setakat ini rekod dan prestasi Nidzam lebih baik dari mereka.

“Sebagus mana pun jurulatih, satu hari dia tetap akan mengalami kekalahan. Netizen jangan nanti bila kalah sahaja suruh letak jawatan. JDT baru-baru ini kalah juga 3-1 (kepada Gwangju FC), tapi tiada pun peminat JDT suruh letak jawatan, sebab mereka faham,” katanya kepada BH Sukan.

Semalam, Selangor FC mengumumkan berita mengejutkan apabila Nidzam membuat keputusan meletak jawatan sebagai ketua jurulatih berkuat kuasa serta-merta.

Susulan daripada itu, tugas ketua jurulatih pasukan utama Selangor akan digalas Abdi Hassan secara interim sementara kelab mengenalpasti pengganti Nidzam.

Sejak membimbing Selangor musim ini, Nizam berjaya meletakkan Gergasi Merah di tangga kedua Liga Super selain bergelar naib juara Piala FA apabila tewas kepada JDT.

Selangor ketika ini juga berada di kedudukan teratas dalam Kumpulan H bagi saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) dan kekalahan 0-3 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Ahad lalu menjadi perlawanan terakhir Nidzam sebagai pengendali Selangor.

Selain itu, Azlan mengucapkan tahniah kepada pengurusan Selangor kerana memberi peluang kepada Nidzam menunjukkan potensinya.

sumber:- BH

“Walaupun Nidzam sudah letak jawatan, tapi di mata sesetengah orang atau peminat, mereka tahu dia adalah jurulatih yang bagus,” katanya.

Recent Posts

  • sukan

TERKINI: Keputusan aksi Malaysia berdepan New Zealand

Skuad hoki negara terpaksa akur dengan kebangkitan New Zealand selepas tewas 3-4 dalam perlawanan kedua Kumpulan B, Kejohanan Piala Negara-Negara… Read More

1 hour ago
  • sukan

Peringatan tegas kepada pemain

Di sebalik prestasi memberangsangkan barisan beregu lelaki negara, Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky memberi peringatan tegas… Read More

2 hours ago
  • sukan

Sah Kelab Korea sertai Liga di Malaysia

Kancah Liga A1 Semi Pro 2025-2026 bakal menjadi pertarungan lebih meriah apabila 16 pasukan mengesahkan penyertaan dalam saingan separuh profesional… Read More

3 hours ago
  • sukan

Komen wira Malaysia selepas aksi berdepan Pakistan

 Enam gol terhasil menghiasi pertembungan dua musuh tradisi iaitu Malaysia dan Pakistan yang sekali lagi berakhir dengan keputusan seri buat… Read More

5 hours ago
  • sukan

Peluang masih ada, bukan tertutup terus

Bekas pemain kebangsaan, S Subramaniam menyifatkan kehadiran ramai pemain warisan dalam skuad kebangsaan dan peningkatan jumlah pemain import di pentas… Read More

6 hours ago
  • sukan

Mereka Empat langkah kedepan

Perbezaan kualiti ditampilkan pemain warisan ketika membantu Harimau Malaya membelasah Vietnam 4-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium… Read More

7 hours ago