sukan

“Pau Marti yang putuskan “

Perlawanan persahabatan membabitkan skuad Harimau Malaya menentang Laos dan India menjadi medan penentuan siapa bakal menggalas cabaran beraksi di Piala AFF 2024 yang dijadualkan berlangsung hujung tahun ini.

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman berkata, perkara itu akan diumumkan sendiri ketua jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente dalam masa terdekat.

Beliau berkata, skuad Harimau Malaya terlebih dahulu akan memberi tumpuan kepada perlawanan persahabatan menentang Laos dan India dalam usaha memperbaiki kedudukan pasukan kebangsaan dalam ranking antarabangsa.

“Pau Marti yang putuskan pasukan manakah yang akan dihantar bagi beraksi pada Piala AFF hujung tahun ni. Kita tunggu apa perancangan beliau.

“Setakat ini, belum ada ketetapan lagi pasukan mana yang bakal beraksi kelak,” katanya.Mengikut rekod, skuad Harimau Malaya terlebih dahulu akan terbang ke Thailand bagi mengharungi perlawanan persahabatan menentang Laos pada 14 November ini.

Selepas menentang Laos, skuad negara akan terbang ke India untuk menghadapi cabaran India.

Pada masa sama, FAM juga mengumumkan aksi menentang India bakal diadakan di Stadium Gachibowli, Hyderabad pada 18 November ini.

sumber:- HM

Sebelum ini, aksi antara kedua-dua pasukan dijadualkan pada 19 November. Walau bagaimanapun, selepas mengadakan perbincangan dengan Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF), tarikh aksi itu dianjakkan sehari lebih awal kepada 18 November.