sukan

Izzuddin-Sze Fei kini beregu nombor satu

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terpaksa menerima hakikat pemain perseorangan lelaki terbaik negara diisi pemain profesional dan situasi itu berisiko ‘berjangkit’ ke acara beregu lelaki.

Enggan menafikannya, jurulatih beregu lelaki negara, Tan Bin Shen mengakui prestasi yang ditampilkan gandingan profesional, Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani meletakkan mereka sebagai terbaik negara ketika ini.

Sekalipun tidak berjaya layak beraksi di Olimpik Paris 2024, Sze Fei-Izzuddin yang secara rasmi meninggalkan BAM pada bulan lalu mencipta kejayaan mengagumkan di kejohanan Jelajah BWF (Persekutuan Badminton Dunia).

Selepas menjuarai Terbuka Jepun yang berstatus Super 750 BWF, beregu ranking kelapan dunia itu cemerlang menjulang gelaran Terbuka China (Super 1000) diikuti Terbuka Artik (Super 500) pada bulan ini.

Justeru sekalipun kedudukan anak buahnya terutama pemenang gangsa Olimpik Paris 2024, Aaron Chia-Soh Wooi Yik lebih baik di ranking enam dunia, Bin Shen terpaksa akur situasi semasa tidak nampak seperti itu.

“Bukan saja di Malaysia, tetapi mungkin di dunia juga,” kata Bin Shen ketika ditanya sama ada Izzuddin-Sze Fei boleh dianggap terbaik ketika ini.

“Dalam kalangan beregu lelaki yang tidak beraksi di Paris 2024, mereka mengambil peluang dengan amat baik.”

Mengakui kemerosotan prestasi anak buahnya terutama Aaron-Woi Yik turut disumbangkan oleh kecederaan, Bin Shen percaya mereka perlu bekerja lebih keras jika mahu mengembalikan status itu selain melayakkan diri ke Jelajah Dunia Akhir di Hangzhou, China, Disember ini.

“Selepas pulih daripada kecederaan, Aaron-Wooi Yik sudah mengharungi dua kejohanan (Terbuka Denmark dan Artik) tetapi perlu diakui prestasi mereka belum mencapai tahap terbaik.

sumber:- BH

“Sekalipun tahu yang persiapan untuk ke Olimpik dan beraksi di Paris sesuatu yang cukup getir dan mereka patut untuk mendapatkan rehat, tetapi tempoh itu sudah tamat. Jadi saya mahu mereka kembali ke prestasi terbaik,” katanya.