sukan

Komen TMJ selepas JDT bedal Selangor tarik perhatian

Kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) membenam Selangor 3-0 pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi jelas menggembirakan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik JDT menerusi laman X mengucapkan tahniah kepada skuad kendalian Hector Bidoglio atas kejayaan membawa pulang tiga mata berharga dari gelanggang lawan.

“Syabas @OfficialJohor (JDT). Kami kekal bersama walau apa pun dan terus bekerja keras. Ia tidak pernah menjadi seperti acara pecut, ia adalah maraton,” kata Tunku Mahkota Ismail.

Jaringan daripada Romel Morales dan dua gol yang disumbangkan Bergson Da Silva membantu JDT mengekalkan rekod tanpa kalah dan membawa pulang tiga mata berharga.

Kemenangan ke atas Selangor meletakkan JDT dalam keadaan lebih selesa untuk mengekalkan kejuaraan liga buat kali ke-11 berturut-turut sejak 2014.

Tambahan tiga mata yang diperoleh dari Stadium MBPJ menyaksikan skuad Bidoglio mengukuhkan cengkaman di kedudukan teratas dengan mengumpul 34 mata, lapan mata di depan Selangor yang menghuni tangga kedua.

sumber:- BH

Malah, kejayaan menundukkan pencabar terdekat mereka itu turut meletakkan Harimau Selatan di landasan tepat untuk mengulangi pencapaian musim 2022 dan 2023 apabila menamatkan saingan liga tanpa sebarang kekalahan.