sukan

BAM ambil serius aktiviti atur perlawanan

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) komited dalam usaha membanteras aktiviti mengatur perlawanan dan mengambil serius terhadap dakwaan kewujudan aktiviti tidak bermoral itu membabitkan pemain negara.

Begitupun Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh ketika dihubungi berkata, badan induk itu ketika ini tidak menerima sebarang laporan salah laku mengenai gejala berkenaan daripada pihak Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Kenny berkata, BAM sentiasa bekerjasama rapat dan memberikan kerjasama penuh kepada BWF jika berlakunya gejala itu membabitkan pemain negara malah akan mengambil tindakan serius sekiranya terdapat bukti kukuh.

“Dan ia termasuk pemain-pemain yang tidak lagi bernaung di bawah BAM.”Kebanyakan pemain profesional ini datang dari BAM juga jadi mereka juga sememangnya mengetahui mengenai perkara ini,” katanya.

Kenyataan tegas BAM itu susulan kenyataan pemain beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng yang menafikan sekeras-kerasnya dia terbabit dengan sebarang aktiviti mengatur perlawanan.

sumber:- BH

Pemain yang bergandingan dengan Lai Pei Jing itu memberikan penjelasan mengenai perkara berkenaan di laman sosialnya selepas timbul dakwaan yang mengaitkannya dengan gejala tidak bermoral itu.