Tajikistan membuka kempen mereka pada kelayakan Piala Asia 2025 Bawah 17 Tahun (B-17) dengan berpesta gol secara besar-besaran apabila membelasah Guam 33-0 di Stadium Bishan, Singapura, kelmarin.
Pada aksi sulung dalam Kumpulan J itu, Tajikistan menjaringkan 17 gol dalam babak pertama dan menambah 16 jaringan lagi sepanjang separuh masa kedua.
Penyerang Tajikistan, Muhammad Nazriev mencetak nama selaku penjaring terbanyak dengan meledak 14 gol dalam perlawanan itu.
Seorang lagi penyerang skuad itu, Nazrullo Ashuralizoda menyumbang enam gol manakala pemain tengah, Jafoev Umed menyumbat tiga gol.
Sementara itu, 10 lagi jaringan Tajikistan dihasilkan menerusi ledakan Mehrojidin Rozykov, Haidarsho Khudoidodov (2 gol), Parviz Bobonazarov (2 gol), Abdusamad Melikmurodov, Mirahmadov Muhammadjon, David Maksudov dan Asadbek Makhtumov (2 gol).
Ia kemenangan terbesar pernah dicatat pada peringkat umur Asia.Rekod terdahulu dipegang pasukan B-17 Myanmar yang membenam Guam 26-0 pada 2000 manakala Jepun turut mencatat kemenangan besar 26-0 ke atas Macau pada 2005.
sumber:- BH
Bagi skuad kebangsaan, Australia memegang rekod dunia apabila membenam American Samoa 31-0 pada aksi kelayakan Piala Dunia FIFA 2002.