Bagaikan mengharapkan bulan jatuh ke riba. Perumpamaan itu sesuai digambarkan kepada barisan pemain Kuala Lumpur Rovers (KL Rovers) yang kini tidak ‘melihat’ gaji mereka hampir empat bulan.
Walaupun sudah pelbagai cara digunakan termasuk merayu kepada pihak pengurusan untuk membayar tunggakan gaji itu, setakat ini tiada tanda-tanda masalah itu akan diselesaikan segera.
Malah, barisan pemain KL Rovers kini mula berkira-kira untuk memboikot perlawanan Liga A1 Semi Pro berikutan tidak dibayar gaji oleh pengurusan.
Situasi terbabit ternyata memeningkan kepala jurulatih KL Rovers, Wan Mustafa Wan Ismail dalam usaha untuk menyusunkan pasukan bagi mengharungi perlawanan akan datang.
Beliau berkata, ketika ini pemain berada dalam keadaan tenat apabila terpaksa melakukan kerja lain bagi menampung kehidupan seharian.
“Ada tiga pemain yang isteri mereka kini sarat mengandung, sekali gus memerlukan sumber kewangan bagi menampung pembelian barangan keperluan.
“Jika diikutkan sudah empat bulan mereka tidak menerima gaji. Sudah dua perlawanan pemain tidak mahu turun latihan kerana tiada bayaran gaji.
“Saya harap masalah ini dapat diselesaikan segera oleh pengurusan baru Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA),” katanya ketika dihubungi Arena Metro.
Pada masa sama, Wan Mustafa mengharapkan pengurusan baru KLFA yang diterajui Syed Yazid Syed Omar dapat menyelesaikan segera masalah itu bagi mengelak KL Rovers terkubur.
“Saya harapkan pengurusan baru KLFA tengok-tengok sikit KL Rovers takut nanti pasukan terpaksa tutup kerana tiada pemain.
“Ketika ini, pemain tetap beraksi untuk pasukan sehingga mampu mencipta kemenangan pada perlawanan baru-baru ini walaupun tidak turun latihan.
“Kita akan mengharungi banyak lagi perlawanan, sekali gus mengharapkan gaji dibayar bagi menyuntik semangat pemain,” katanya.
sumber:- HM
Syed Yazid dipilih untuk menerajui KLFA selepas memenangi jawatan presiden pada Kongres ke-35 persatuan itu bagi sesi 2024-2028, 12 Oktober lalu.
Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More
Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More
'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More
Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More
Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More
Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More