sukan

Badminton, terjun, skuasy dan hoki tak dipertandingkan di Sukan Komanwel

Sukan Komanwel 2026 yang bakal berlangsung di Glasgow, Scotland menyaksikan banyak sukan ‘pilihan’ Malaysia tidak dipertandingkan pada temasya sukan edisi ke-23 itu.

Antara sukan tidak dipertandingkan dan menjadi lubuk Malaysia untuk menuai pingat adalah badminton, skuasy, terjun serta hoki, sekali gus ia bakal menjejaskan peluang kontinjen negara dalam pemburuan pingat.

Terdahulu, Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) mengesahkan secara rasmi Glasgow sebagai bandar tuan rumah Sukan Komanwel 2026 bermula 23 Julai sehingga 2 Ogos 2026, sekali gus kembali ke bandar itu 12 tahun selepas kejayaan menganjurkan Sukan Komanwel edisi 2014.

Glasgow 2026 akan menampilkan program 10 sukan yang akan diadakan di empat venue sekitar radius 12.8 kilometer (km) bagi memastikan jadual yang padat sepanjang hari pertandingan dan menjadikan acara itu mudah diakses serta menarik penonton yang ingin menikmati suasana pelbagai pertandingan sukan.

Lebih daripada 500,000 tiket akan disediakan dengan kira-kira 3,000 atlet terbaik bakal bersaing membabitkan 74 negara dan wilayah Komanwel yang mewakili 2.5 bilion orang – satu pertiga daripada populasi dunia.

Sukan Para akan digabungkan sekali dengan enam acara Sukan Para akan dipertandingkan.

Program sukan itu akan merangkumi olahraga dan para olahraga (trek & padang), renang dan para renang, berbasikal trek dan para berbasikal trek, angkat berat dan para powerlifting, boling padang dan boling padang para, bola keranjang 3×3 dan bola keranjang kerusi roda 3×3, gimnastik artistik, bola jaring, tinju dan judo.

Temasya kali ini akan berlangsung di empat venue iaitu Stadium Scotstoun, Pusat Renang Antarabangsa Tollcross, Arena Emirates – termasuk Velodrom Sir Chris Hoy dan Scottish Event Campus (SEC).

Penginapan untuk atlet dan kakitangan sokongan akan ditempatkan di hotel.

Ketua Pegawai Eksekutif CGF, Katie Sadleir yakin Glasgow akan dapat menjayakan edisi Sukan Komanwel kali ini yang berkonsepkan lebih mudah diakses berbanding sebelum ini.

“Kami bekerja keras dengan rakan berkepentingan untuk memastikan temasya sukan yang berkualiti tinggi akan berlangsung pada 2026,” katanya.

Sebelum ini, Victoria, Australia menarik diri daripada menganjurkan temasya sukan yang berlangsung empat tahun sekali itu atas alasan peningkatan kos penganjuran.

sumber:HM

CGF kemudian menawarkan kepada Malaysia untuk menjadi tuan rumah, namun pihak kerajaan Malaysia menolaknya.

Recent Posts

  • sukan

Pasukan baharu Ifwat Akmal

Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More

6 hours ago
  • sukan

Penangan Malaysia, Vietnam merana

Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More

7 hours ago
  • sukan

‘Thanks Boss for 20 years’, cetus tanda tanya

'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More

8 hours ago
  • sukan

Bukan bagus sangat, kena belajar dengan orang lain juga — Toh Ee Wei

Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More

8 hours ago
  • sukan

Shahidan akhirnya buka mulut dakwaan ugut atlet

Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More

9 hours ago
  • sukan

TERKINI : Indonesia malukan Malaysia

Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More

10 hours ago