Pemain beregu wanita negara, Ng Qi Xuan, memberikan perkembangan terbaru kecederaan lutut yang dialami semalam menyaksikan perjalanan ke final Kejohanan Badminton Malaysia Super 100 musnah.
Pemain berusia 24 tahun itu terbaring di atas Gelanggang 1 sambil menahan kesakitan terhadap kecederaan lututnya yang terkehel sehingga menyebabkan bengkak sebesar bola ping pong timbul di lututnya.
Qi Xuan tercedera di bahagian lututnya hingga terpaksa diusung keluar pada saat dia hampir meraikan kemaraannya.
Pemain itu menerusi Instagram berkongsi gambar lututnya sebelum dan selepas dirawat doktor perubatan.
Dia berkata, “Hai semua, ini kondisi lutut saya semalam. Lutut saya mengalami dislokasi sepenuhnya.
sumber:- stadium astro
“Doktor yang telah merawat lutut saya ke tempat asal. Imbasan sinar X semuanya baik. Saya masih ingat doktor berkata, “Ya Tuhan, ini pertama kali saya melihat dislokasi yang serius.”