Nama yang pernah mewarnai sukan badminton tanah air, Lee Wan Wah, yakin skuad badminton kebangsaan punya potensi besar untuk melakar keputusan membanggakan di pentas dunia.
Dia — yang terkenal dengan pukulan kencangnya yang mampu menghadirkan gerun kepada pihak lawan — kini diberi kepercayaan untuk membimbing skuad beregu remaja Jepun.
Wan Wah turut melahirkan kepercayaan terhadap beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mampu merangkul pingat emas pertama Malaysia di pentas Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
“Saya rasa tidak mustahil jika mereka berdisiplin kerana umur mereka semakin meningkat. Mereka juga akan lebih berpengalaman ketika itu, jadi mereka perlu menjaga keadaan fizikal mereka serta lebih berdisiplin,” ujarnya.
Bagaimanapun, usaha keras itu perlu dimulakan sekarang jika ingin memastikan cita-cita tersebut menjadi kenyataan.
Dia juga melihat potensi besar dimiliki gandingan muda lelaki negara, Aaron Tai-Kang Khai Xing, yang baru bergelar juara remaja dunia di Nanchang, China awal minggu ini.
sumber:- stadium astro
“Semestinya mereka mempunyai, saya yakin mereka berpotensi. Dalam tahap junior mereka berada di tahap terbaik. Mereka sentiasa bergelar juara, jadi ia adalah tentang bagaimana mereka melangkah ke peringkat senior nanti.” katanya.
Skuad hoki negara terpaksa akur dengan kebangkitan New Zealand selepas tewas 3-4 dalam perlawanan kedua Kumpulan B, Kejohanan Piala Negara-Negara… Read More
Di sebalik prestasi memberangsangkan barisan beregu lelaki negara, Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky memberi peringatan tegas… Read More
Kancah Liga A1 Semi Pro 2025-2026 bakal menjadi pertarungan lebih meriah apabila 16 pasukan mengesahkan penyertaan dalam saingan separuh profesional… Read More
Enam gol terhasil menghiasi pertembungan dua musuh tradisi iaitu Malaysia dan Pakistan yang sekali lagi berakhir dengan keputusan seri buat… Read More
Bekas pemain kebangsaan, S Subramaniam menyifatkan kehadiran ramai pemain warisan dalam skuad kebangsaan dan peningkatan jumlah pemain import di pentas… Read More
Perbezaan kualiti ditampilkan pemain warisan ketika membantu Harimau Malaya membelasah Vietnam 4-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium… Read More