sukan

Komen Nidzam Jamil selepas Selangor kempunan mata penting

Ketua jurulatih Selangor, Nidzam Jamil, tidak gembira dengan keputusan yang dilakar Selangor malam ini selepas terikat 1-1 dalam perlawanan minggu ke-13 Liga Super 2024/2025 berdepan PDRM di Stadium Selayang, malam tadi.

Jurulatih berusia 44 tahun itu beranggapan keputusan malam ini hampir serupa seperti yang berlaku pada musim lalu dimana pasukan lawan hanya memerlukan beberapa peluang untuk menoktahkan dengan jaringan sekali gus menghukum pasukan dari Lembah Klang itu untuk sekadar berpuas hati dengan satu mata.

“Semestinya kami tidak begitu gembira dengan pengakhiran ini, kami kurang fokus dalam tiga atau empat minit sebelum perlawanan berakhir. Jika tidak ambil kesempatan, mereka akan menghukum kami dengan jaringan. Kami perlu bangkit kembali.

“Saya rasa kami perlu tahu untuk mematikan perlawanan, tidak boleh biarkan terlalu banyak peluang. Tahun lalu kita juga ada masalah yang sama, kami perlu belajar lagi.”

sumber:- stadium astro

“Minggu depan adalah Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) kemudian berdepan Johor Darul Ta’zim merupakan cabaran yang besar buat kami. Fokus utama kini adalah pemulihan dan kecederaan pemain.” katanya.

Recent Posts

  • sukan

TERKINI : JDT sah sambar pemain berstatus bintang

Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan ketibaan pemain penyerang baru yang akan memperkuatkan pasukan itu dari Brazil iaitu Jairo… Read More

17 minutes ago
  • sukan

Toh Ee Wei tertarik dengan gandingan No. 1 Thailand

Pemain beregu campuran negara, Toh Ee Wei menyatakan rasa kagum terhadap gandingan No. 1 Thailand, Dechapol Puavaranukroh–Supissara Paewsampran yang dianggap… Read More

24 minutes ago
  • sukan

Pelik , Macam mana boleh beri

Pemain Kelantan Darul Naim (KDN) FC, Jasmir Mehat mempersoalkan keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memberikan lesen kebangsaan penuh kepada pasukan… Read More

48 minutes ago
  • sukan

Bakal pemain warisan baharu Malaysia punyai nilai pasaran yang amat tinggi

Bertiup kencang ketika ini apabila pemain tengah muda Athletic Bilbao, Mikel Jaureguizar dilaporkan media Sepanyol bahawa bintang berusia 21 tahun… Read More

2 hours ago
  • sukan

Vietnam mungkin ikut jejak Malaysia

Skuad Harimau Malaya tidak boleh terlalu selesa meskipun memiliki peluang cerah untuk meraih tiket ke pusingan akhir Piala Asia 2027… Read More

2 hours ago
  • sukan

Saham ‘botak viral’ terus melonjak

Pendatang baru Liga Turkiye, Kocaelispor dilaporkan berminat mendapatkan khidmat penyerang baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo. Minat terhadap penyerang kelahiran Brazil… Read More

6 hours ago