sukan

Kedudukan Ranking Malaysia dan Indonesia tidak terpisah jauh

Malaysia dan Indonesia terpaksa menelan hakikat apabila masing-masing turun satu anak tangga dari kedudukan sebelumnya dalam ranking semasa FIFA.

Malaysia yang terlebih dahulu kecewa apabila tewas 0-4 di tangan New Zealand pada Isnin, menyaksikan pemotongan mata ranking sebanyak -3.72 mata.

Ini menyebabkan Harimau Malaya terpaksa berpuas hati dengan kedudukan 133 dunia berbanding 132 pada sebelumnya.

Manakala bagi pasukan negara jiran Indonesia, kekalahan ke atas China 1-2 menyaksikan mereka turut mendapat pemotongan mata ranking besar sebanyak -9.69 mata, meskipun mendapat tambahan mata sebanyak +4.39 mata selepas seri bertemu Bahrain.

Hal ini menyaksikan mereka turut terkeluar daripada kelompok 120 dunia, apabila kini menduduki kedudukan ranking ke 130 dunia dalam kemaskini terbaru.

sumber:stadium astro

Bagi pasukan gergasi Asia Tenggara yang lain, Vietnam turut jatuh 2 anak tangga kini berada di kedudukan 118 dunia setelah diikat India 1-1, manakala Thailand cemerlang melonjak 4 anak tangga untuk berada di kedudukan 96 dunia setelah menang ke atas Filipina 3-1 dan Syria 2-1.