Langkah juara Terbuka Finland, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, terhenti apabila dikalahkan oleh gandingan ranking ke-202 dunia, Kittinupong Kedren-Dechapool Puavaranukroh.
Momentum kemenangan mereka — yang menjuarai Terbuka Jepun dan Terbuka China — dipatahkan oleh gandingan dari Thailand yang menyaksikan beregu profesional itu ditundukkan 13-21, 13-21 di peringkat ke-32 Terbuka Denmark di Arena Jyske Bank, Odense, sebentar tadi, dalam tempoh 32 minit sahaja.
sumber:- stadium astro
Ini bermakna, pihak lawan dari Thailand itu mendapatkan kemenangan sulung dalam pertembungan pertama mereka.Sementara itu, gandingan beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, mudah lolos ke pusingan 16 selepas menewaskan wakil England, Ethan Van Leeuwen-Chloe Birch, dengan keputusan straight set 21-7, 21-14.