Bekas ketua jurulatih Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (Penang FA), Jacksen Ferreira Tiago kini menggunakan nama Samir Jacksen Ferreira Tiago selepas memeluk Islam di Indonesia, Isnin lalu.
Jurulatih kelahiran Rio De Janeiro, Brazil berusia 56 tahun itu mengucap dua kalimah syahadah dibimbing Ustaz H Nasikhin di Pondok Pesantren Nabil Husein, Samarinda, Indonesia.
Khabar gembira itu dikongsi anak lelakinya, Samir Hugo, 19, yang juga pemain bola sepak profesional di negara seberang itu menerusi laman Instagram miliknya, @hugosamir28.
“Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan saya sekarang ayah. Saya menyayangi anda Samir Ferreira Tiago,” tulisnya.
“Cintaku padamu dan keluarga kita abadi, anak muda,” balas Tiago di ruangan komen.
Sebagai rekod, Tiago mendirikan rumah tangga bersama isterinya yang juga warga Indonesia beragama Islam, Nadira Bajamal yang berdarah keturunan Arab sejak 2004.
Pasangan itu memiliki dua orang anak lelaki yang juga beragama Islam dan Tiago sebelum ini dilaporkan berkata keluarganya hidup dalam keadaan harmoni meskipun berbeza pegangan agama.
Bekas pemain bola sepak Brazil yang kini berkhidmat sebagai Pengarah Teknik PSSI Kaltim pernah mengendalikan Penang FA pada 2015 hingga 2016.
Tiago sebelum itu mengambil alih tugas K Devan selaku ketua jurulatih pada 2015 dan berjaya membawa Penang FA melangkah ke suku akhir Piala FA selepas 13 tahun tewas kepada Pahang.
sumber:- BH
Pada ketika itu, Skuad Harimau Kumbang dinobat sebagai Naib Juara Liga Premier 2015 selepas mengharungi musim 2015 yang sungguh dramatik sehingga ke perlawanan t