sukan

Keputusan aksi Soon Huat-Shevon di Terbuka Denmark

IMPIAN pasangan suami isteri, Goh Soon Huat-Shevon Lai untuk melangkah lebih jauh dalam acara beregu campuran pada Terbuka Denmark tidak kesampaian.

Naib juara Terbuka China pada bulan lalu itu tersingkir seawal pusingan pertama setelah tumpas kepada Thom Gicquel-Delphine Delrue dari Perancis di Odense sebentar tadi.

Mereka memulakan langkah kanan pada set pertama apabila menang 21-9, namun momentum tersebut gagal diteruskan pada permainan kedua.

Soon Huat-Shevon mendahului permainan 20-18, bagaimanapun dipintas oleh Gicquel-Delrue sebelum menang 24-22 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.

Pasangan negara itu bagaikan hilang arah pada set ketiga apabila terpaksa menyerahkan kemenangan 21-10 kepada Gicquel-Delrue dalam tempoh sejam permainan pada kejohanan berstatus Super 750 tersebut.

sumber:- SH

Menerusi keputusan tersebut melebarkan jurang rekod pertemuan mereka kepada 3-6 berpihak kepada gandingan Perancis itu.Sebagai rekod, nasib sama turut menimpa Soon Huat-Shevon pada edisi tahun lalu apabila tewas kepada pasangan Taiwan, Lee Chia Hsin-Ye Hong Wei 21-19, 20-22, 17-21 juga pada pusingan pertama.

Recent Posts

TERKINI: Keputusan aksi Malaysia berdepan New ZealandTERKINI: Keputusan aksi Malaysia berdepan New Zealand
  • sukan

TERKINI: Keputusan aksi Malaysia berdepan New Zealand

Skuad hoki negara terpaksa akur dengan kebangkitan New Zealand selepas tewas 3-4 dalam perlawanan kedua Kumpulan B, Kejohanan Piala Negara-Negara… Read More

3 hours ago
Peringatan tegas kepada pemainPeringatan tegas kepada pemain
  • sukan

Peringatan tegas kepada pemain

Di sebalik prestasi memberangsangkan barisan beregu lelaki negara, Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky memberi peringatan tegas… Read More

4 hours ago
  • sukan

Sah Kelab Korea sertai Liga di Malaysia

Kancah Liga A1 Semi Pro 2025-2026 bakal menjadi pertarungan lebih meriah apabila 16 pasukan mengesahkan penyertaan dalam saingan separuh profesional… Read More

5 hours ago
  • sukan

Komen wira Malaysia selepas aksi berdepan Pakistan

 Enam gol terhasil menghiasi pertembungan dua musuh tradisi iaitu Malaysia dan Pakistan yang sekali lagi berakhir dengan keputusan seri buat… Read More

7 hours ago
  • sukan

Peluang masih ada, bukan tertutup terus

Bekas pemain kebangsaan, S Subramaniam menyifatkan kehadiran ramai pemain warisan dalam skuad kebangsaan dan peningkatan jumlah pemain import di pentas… Read More

8 hours ago
  • sukan

Mereka Empat langkah kedepan

Perbezaan kualiti ditampilkan pemain warisan ketika membantu Harimau Malaya membelasah Vietnam 4-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium… Read More

9 hours ago