Indonesia tumbang buat kali pertama pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 selepas tewas 1-2 di tangan China, sebentar tadi.
Pada aksi di Stadium Bolasepak Qingdao Youth itu, tuan rumah mendahului dengan 2-0 pada babak pertama.
China meledak gol pertama menerusi jaringan Behram Abduwelli pada minit ke-23 sebelum Yuning Zhang melebarkan jurang dengan gol kedua pada minit ke-44.
Indonesia mengurangkan defisit dengan jaringan Thom Haye pada minit ke-86.Keputusan ini menyaksikan skuad Garuda berada di tangga kelima Kumpulan C dengan tiga mata.
sumber:- BH
China kekal di tangga tercorot meskipun meraih kemenangan pertama pada pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026 apabila diketepikan Indonesia menerusi perbezaan jaringan -AGENSI