sukan

Sze Fei-Nur Izzuddin dipertimbangkan

Jawatankuasa Program Road to Gold (RTG) sedang mempertimbangkan untuk memasukkan beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani ke dalam program berkenaan dalam mesyuarat akan datang.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengesahkan keputusan itu diambil berikutan prestasi cemerlang pasangan berkenaan dalam beberapa kejohanan terkini, yang memenuhi kriteria untuk disenaraikan dalam Program RTG, termasuk kedudukan dalam kelompok 10 terbaik dunia.

“Prestasi Sze Fei dan Izzuddin semakin menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada mereka.

“Saya berharap mereka dapat mengekalkan konsistensi ini,” ujarnya wartawan selepas sidang media Program Rakan Muda: Skills For Life Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG) di Kelab Golf dan Rekreasi Penjara Kajang, hari ini.

Semalam, Sze Fei-Izzuddin merangkul kejuaraan ketiga mereka tahun ini dengan menewaskan beregu kedua dunia dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skarup Rasmussen di final Terbuka Artik dengan keputusan 15-21, 21-15, 21-19.

Ini adalah kemenangan kedua Sze Fei-Izzudin ke atas Astrup-Skaarup Rasmussen dalam lapan pertemuan apabila kali terakhir gandingan negara itu tewas di pentas suku akhir di Masters Malaysia, Mei lalu.

Sebelum merangkul kemenangan di Terbuka Artik, pasangan profesional itu mencipta kejutan menjuarai kejohanan berstatus Super 1000 di Terbuka China awal bulan lalu, selain menjuarai Terbuka Jepun pada Ogos.

Hasil ketiga-tiga gelaran berkenaan, Sze Fei-Izzuddin kini membawa pulang hadiah kemenangan sebanyak AS$244,080 (RM1.047 juta).

Dalam pada itu, Hannah turut menjelaskan program yang dilaksanakan hari ini adalah kerjasama antara Bahagian Pembangunan Rakan Muda dan Jabatan Penjara, bertujuan memberi latihan kemahiran dalam bidang perkhidmatan kedi kepada 20 peserta lelaki di Penjara Kajang.

“Latihan ini dikendalikan oleh tenaga pengajar bertauliah dari AKBG dan bertujuan meningkatkan kompetensi individu serta membuka peluang pekerjaan dalam sektor golf tempatan,” tambahnya.

sumber:- HM

Latihan ini akan berlangsung dari 14 hingga 18 Oktober, dengan peserta berpeluang menyambung pengajian dalam Program Kursus Perkhidmatan Kedi sepenuh masa selama enam bulan di AKBG.

Recent Posts

  • sukan

Kontrak Akhyar masih belum ditebus

Peminat Terengganu FC (TFC) boleh menarik nafas lega selepas pemain sayap lincah, Akhyar Rashid belum… Read More

52 minutes ago
  • sukan

Bekas bintang Harimau Malaya mendonia

Bekas pemain naturalisasi Harimau Malaya, Liridon Krasniqi, kembali mencuri tumpuan dunia apabila menampilkan permainan luar… Read More

3 hours ago
  • sukan

Bintang EPL mengamuk dengan Singapura

Pemain pinjaman Sheffield United, Hamzah Choudhury, kelihatan berang dengan pemian Singapura selepas tamat perlawanan Kelayakan… Read More

3 hours ago
  • sukan

Taring skuad Malaysia makin tajam dengan kehadiran Bergson, Hidalgo

Taring skuad Harimau Malaya khususnya di jentera hadapan pasukan dijangka bertambah berbisa sebaik dua calon… Read More

3 hours ago
  • sukan

Selesaikan segera isu Pearly-Thinaah

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mahu isu membabitkan… Read More

4 hours ago
  • sukan

Viktor Axelsen beralih kepada bola keranjang

Juara dua kali Sukan Olimpik, Viktor Axelsen, mendedahkan bagaimana dia beralih kepada bola keranjang untuk… Read More

4 hours ago