sukan

Pearly-Thinaah lakar kejutan mara ke final Terbuka Artik

JUARA Terbuka Hong Kong, Pearly Tan-M Thinaah meneruskan pemburuan kejuaraan kedua tahun ini apabila mengesahkan slot perlawanan akhir badminton Terbuka Artik di Vantaa, Finland.

Pearly-Thinaah, juara Super 500 di Hong Kong Coliseum itu akan berdepan pilihan utama dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning juga finalis Terbuka Hong Kong sebelum ini.

Pada September lalu, Pearly-Thinaah menumbangkan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Paris 2024 tersebut, straight set, 21-14, 21-14 dalam masa 38 minit.

Beregu wanita utama negara yang berstatus gandingan ketiga kejohanan menyingkirkan cabaran wakil dari Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi juga pilihan kedua kejuaraan Super 500 tersebut.

Perlawanan suku akhir yang berlangsung di Energia Areena itu, Pearly-Thinaah berjaya menjinakkan Iwanaga-Nakanishi, 21-19, 19-21, 26-24, dalam masa 102 minit.

Sheng Shu-Tan Ning pula mengesahkan kemaraan ke perlawanan akhir selepas bangkit menewaskan gandingan senegara, Li Yi Jing-Luo Xu Min, 20-22, 21-18, 21-12 dalam masa 91 minit.

Sementara itu, Pearly mengakui gembira apabila berjaya melangkah ke perlawanan akhir ketiga tahun ini.

“Kami sangat lega kerana set ketiga satu pertarungan sengit mata demi mata, kami agak gemuruh dan gopoh mendapatkan mata.

“Apabila kami gemuruh, situasi menjadi sukar mengutip mata, namun dari situ kami kembali menyokong satu sama lain untuk mendapatkan mata kemenangan,” katanya.

Thinaah pula berkata: “Set ketiga kami saling mengingati satu sama lain supaya lebih tenang dan tidak gopoh dalam mematikan pukulan lawan.

“Kami terikut-ikut rentak permainan lawan pada awal yang kemudian agak meletihkan kami.

sumber:- SH

“Namun kemudian kami menukar strategi dengan lebih banyak berkomunikasi bagi menampilkan gaya permainan sendiri daripada terikut-ikut rentak lawan yang akhirnya membuahkan hasil.”

Recent Posts

  • sukan

Komen wira Malaysia selepas aksi berdepan Pakistan

 Enam gol terhasil menghiasi pertembungan dua musuh tradisi iaitu Malaysia dan Pakistan yang sekali lagi berakhir dengan keputusan seri buat… Read More

13 minutes ago
  • sukan

Peluang masih ada, bukan tertutup terus

Bekas pemain kebangsaan, S Subramaniam menyifatkan kehadiran ramai pemain warisan dalam skuad kebangsaan dan peningkatan jumlah pemain import di pentas… Read More

2 hours ago
  • sukan

Mereka Empat langkah kedepan

Perbezaan kualiti ditampilkan pemain warisan ketika membantu Harimau Malaya membelasah Vietnam 4-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium… Read More

2 hours ago
  • sukan

Masih terlalu awal untuk nilai Palmero

 MASIH sukar untuk menzahirkan gambaran sebenar tentang kemampuan Gabriel Palmero memandangkan pasukannya, CD Tenerife B yang meminjamnya daripada kelab La… Read More

3 hours ago
  • sukan

Dickson Nwakaeme kembali ke Kelantan

Hanya masa menentukan semula penyatuan kembali bola sepak Kelantan. Itulah harapan yang kini mula menyinar semula di hati peminat bola… Read More

5 hours ago
  • sukan
  • tempatan

Perpindahan yang sudah dijangka

Penghasilan bakat di Johor, menjadi pemain penting Sri Pahang dan pulang semula ke Johor. Kelincahan pemain berusia 23 tahun, Ibrahim… Read More

7 hours ago