IMPIAN pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk mempertahankan kejuaraan Terbuka Artik Super 500 tidak kesampaian apabila tewas kepada bintang Jepun, Koki Watanabe pada Jumaat.
Perlawanan suku akhir yang berlangsung di Energia Areena, Vantaa Vantaa, Finland, Zii Jia pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024, tewas kepada Watanabe dalam aksi penentuan 66 minit.
Watanabe yang diinspirasikan kemenangan pusingan pertama Terbuka China, bulan lalu 21-15, 21-2, kali ini gah di depan apabila memenangi set pertama 21-15.
Set kedua, Zii Jia yang menghuni ranking nombor empat dunia kembali menyamai kedudukan apabila menjinakkan pemain nombor 14 dunia berkenaan, 21-13.
Bagaimanapun set ketiga, Watanabe dan Zii Jia memacu segala kudrat bertukar mata yang akhirnya dimenangi pemain Negara Matahari Terbit berkenaan, 12-21.
sumber:- SH
Sementara itu, beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M Thinaah mara separuh akhir selepas menundukkan wakil Taiwan, Chang Ching Hui-Yang Ching Tun straight set 21-8,21-18 dalam masa 32 minit.