sukan

Beregu Negara ‘smash’ pilihan pertama dari China

Beregu wanita remaja negara, Low Zi Yu-Dania Sofea Zaidi terus melakar kejutan apabila menyingkirkan pilihan utama, Chen Fan Shu Tian-Liu Jia Yue dari China untuk melangkah ke final Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Nanchang, China hari ini.

Kemenangan itu membuktikan kualiti dimiliki Zi Yu-Sofea untuk memikul harapan negara selepas mereka menewaskan rakan senegara Ong Xin Yee-Carmin Ting yang juga pilihan keenam pada aksi aksi suku akhir, semalam.

Tidak berada dalam senarai pilihan, Zi Yu-Sofea begitupun tampak seperti perlu mengerah sepenuh keringat selepas dipaksa bermain dalam tiga set oleh Shu Tian-Jia Yue.

Tampil dengan permainan lebih berhati-hati dan berkemungkinan ingin melihat corak permainan lawan terlebih dulu, pasangan negara itu tewas set pertama 16-21.

Dan seperti sudah mengetahui permainan lawan, permainan lebih berkualiti ditampilkan pada set kedua untuk menang 21-16.

Pada set penentuan, Zi Yu-Sofea membuktikan mereka pasangan yang lebih layak ke final dengan meraih kemenangan 21-17 sekali gus mengecewakan peminat tuan rumah yang hadir ke Pusat Sukan Antarabangsa Nanchang itu.

sumber:- BH

Apa yang lebih menarik, Zi Yu berusia 14 tahun dengan Dania, 17 dan pasangan itu yang baharu digandingkan tahun ini berjaya melakar kejutan selepas meraih pingat emas di temasya Sukan Malaysia di Sarawak.

Recent Posts

  • sukan

Saham ‘botak viral’ terus melonjak

Pendatang baru Liga Turkiye, Kocaelispor dilaporkan berminat mendapatkan khidmat penyerang baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo. Minat terhadap penyerang kelahiran Brazil… Read More

3 hours ago
  • sukan

“Kalau FIFA tak benarkan , Kenapa beraksi”

Pemain warisan meletakkan penanda aras yang tinggi dalam skuad kebangsaan selepas kejayaan membelasah gergasi Asia Tenggara, Vietnam 4-0 dalam aksi… Read More

4 hours ago
  • sukan

Nama Shin Tae-yong kini jadi sebutan sebagai pengendali baharu

Skuad kebangsaan China dilaporkan bersedia untuk memburu khidmat bekas ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong. Perkembangan ini hadir ketika pasukan kebangsaan… Read More

4 hours ago
  • sukan

DMA Islam kecewa pertarungan batal saat akhir

PEMPENGARUH media sosial, DMA Islam meluahkan rasa kecewa apabila pertarungan tinju menentang Abang Koroy sempena Hari Sukan Negara 2025 (HSN2025)… Read More

5 hours ago
  • sukan

Muka tetap Harimau Malaya jadi pilihan pasukan

Imigresen dilaporkan sedang dalam proses mendapatkan enam pemain yang pernah menyarung jersi Harimau Malaya bagi menghadapi saingan Liga Super musim… Read More

5 hours ago
  • sukan

Onana jadi kambing hitam

MANCHESTER United dinasihatkan agar tidak membazir wang untuk mencari pengganti Andre Onana. Nasihat ini datang daripada seorang legenda kelab yang… Read More

5 hours ago