sukan

Anda dipersilakan pindah — TMJ

Cuti hujung minggu di Johor yang ditukar semula kepada Sabtu dan Ahad bermula tahun depan adalah kehendak rakyat negeri ini untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga dan anak-anak.

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, bertitah penukaran cuti hujung minggu itu juga bakal membawa kesan ekonomi yang positif, seiring dengan pelaksanaan projek pembangunan yang memberi manfaat di Johor.

Titah baginda, namun masih ada beberapa negeri yang masih kekal bercuti pada Jumaat dan Sabtu.

“Dalam mempertimbangkan isu berkaitan kehendak rakyat Johor untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga dan anak-anak, kesan ekonomi yang positif adalah seiring dengan pelaksanaan projek pembangunan yang memberi manfaat di negeri Johor.

“Ini seterusnya akan membawa keuntungan kepada negeri dan rakyatnya.”Dengan izin dan restu Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pandangan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), kerajaan negeri, agensi-agensi kerajaan dan rakyat, maka saya telah membuat keputusan untuk Johor bercuti semula pada Sabtu dan Ahad.

“Jika ada pihak yang kurang senang atau tidak berpuas hati demi agenda peribadi, nak melaga-lagakan rakyat atau kepentingan politik, anda dipersilakan pindah ke negeri-negeri yang masih bercuti Jumaat dan Sabtu,” titah baginda di akaun Facebook, malam tadi.

Isnin lalu, cuti hujung minggu di Johor dilaporkan akan ditukar semula kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2025.

sumber:- HM

Tunku Mahkota Ismail, dalam kenyataan di Facebook dilaporkan bertitah, baginda sudah menitahkan perkara tersebut kepada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi untuk dibincangkan.