sukan

Aksi Perak FC-JDT akhirnya ditentukan

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hari ini mengumumkan perlawanan Liga Super 2024-2025 antara Perak FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang ditunda sebelum ini, dijadualkan pada 10 November 2024, jam 5 petang.

Perlawanan yang sepatutnya berlangsung pada 5 Oktober lalu terpaksa ditangguhkan oleh Komisioner Perlawanan akibat keadaan padang di Stadium Perak, Ipoh yang tidak sesuai digunakan berikutan hujan lebat sebelum sepak mula.

Penetapan tarikh baharu ini juga memberi kesan kepada jadual Pusingan 16 Piala Malaysia, yang akan diubah dari tarikh asal 8 hingga 10 November dan 22 hingga 24 November.

Pusingan 16 Piala Malaysia kini dijadualkan bermula pada 20 hingga 24 November untuk perlawanan pertama, manakala perlawanan kedua akan berlangsung pada 29 November hingga 1 Disember 2024.

sumber:- HM

Selain itu, perlawanan minggu ke-16 Liga Super yang dijadualkan pada 29 November akan dipinda ke Disember. MFL akan memaklumkan baki jadual penuh Liga Super 2024-2025 dalam masa terdekat.