sukan

Indra Putra kembali sarung jersi Malaysia

Legenda hidup bola sepak negara, Indra Putra Mahayuddin, akan kembali menyarung jersi Harimau Malaya dalam Kejohanan Bolasepak 7’s Asia di Shah Alam bermula Khamis ini.

Indera Putera, yang merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super dengan 105 gol, akan bergandingan dengan beberapa bekas nama besar bola sepak negara seperti Manaf Mamat, Razman Roslan, Amer Saidin, Adib Aizudin Abdul Latif dan Fandi Othman.

sumber:- stadium astro

Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama naib juara edisi lalu, India, selain Filipina dan Hoong Kong.Dalam pada itu, pasukan pilihan utama, Jepun, diundi dalam Kumpulan A bersama Brunei, Singapura dan Vietnam.