Lewat malam tadi, Manchester City meraih kemenangan penting ke atas pentadbir Liga Perdana selepas hakim memutuskan beberapa peraturan penajaan liga itu menyalahi undang-undang.
Peraturan urus niaga pihak bersekutu (APT) bertujuan menghalang syarikat yang dikaitkan dengan pemilik kelab bola sepak daripada sengaja membayar lebih dalam urusan dengan kelab.
Peraturan itu diperkenal berikutan pengambilalihan Arab Saudi ke atas Newcastle United dalam usaha untuk menghalang pemilik kaya daripada menggunakan hubungan itu untuk meningkatkan pendapatan pasukan mereka supaya mereka boleh berbelanja lebih banyak tanpa melanggar peraturan kewangan.
Dalam kes City, peraturan itu menyaksikan Liga Perdana menolak tajaan baharu kelab itu bersama Etihad pada hujung tahun 2023, selain perjanjian kedua dengan satu bank berpangkalan di Abu Dhabi.
Panel tiga hakim yang sudah bersara kini memutuskan liga itu silap menghalang perjanjian itu kerana elemen peraturan ATP melanggar Akta Persaingan.
Kini didedahkan lapan pasukan dalam liga utama yang memberikan bukti menentang juara Liga Perdana Inggeris itu – termasuk Arsenal dan Manchester United.
Di samping dua pencabar City, Wolves, Liverpool, West Ham, Brentford, Bournemouth dan Fulham semuanya memberikan bukti menentang pasukan kendalian Pep Guardiola.
sumber:- BHL
Perlawanan City berikutnya, yang berlangsung di Molineux pada 20 Oktober ini, menyaksikan mereka berdepan Wolves, yang mungkin mencetus perang dingin di tempat duduk lembaga pengarah. – AGENSI