Skuad Harimau Malaya bukannya cap ayam atau dipulaukan hingga dilihat gagal mendapatkan pasukan lawan pada jendela Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa), bulan ini.
Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi menegaskan sebenarnya timbul kekangan dalam merencana perancangan untuk mendapatkan dua aksi persahabatan pada jendela Oktober, sekali gus memaksa mereka berpuas hati dengan satu aksi Tier 1.
Beliau berkata, banyak pasukan menunjukkan minat untuk menguji skuad kebangsaan, namun hasrat itu tidak kesampaian selepas pasukan itu turut memiliki perancangan tersendiri dalam misi mendapatkan mata ranking Fifa.
“Kita cuba dapatkan dua pasukan, tetapi saya akui ada beberapa kesukaran terutama selepas pasukan lawan membuat persiapan masing-masing.
“Mereka tidak tolak (pelawaan), tetapi mereka ada komitmen lain yang mereka buat untuk kepentingan pasukan mereka.
“Kita faham masalah ini dan sampai kita nak dapatkan pasukan di bawah kita untuk sekadar dapatkan aksi persahabatan pun, sukar juga kerana mereka ada persediaan tersendiri yang bersesuaian untuk mereka.
“Dalam keadaan sekarang, bukanlah pasukan besar tidak mahu bermain dengan kita kerana mereka pun nampak (kemampuan pasukan kita), tetapi mereka ada sasaran sendiri. Cuma mungkin masa tak kena kerana mereka terbabit dengan perlawanan lain.
“Jadi kekangan itu daripada pihak pasukan lawan dan bukan daripada pihak kita,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Ahli Jawatankuasa FAM di Wisma FAM, hari ini.
Sebelum itu, FAM memaklumkan skuad bimbingan Pau Marti Vicente hanya dapat menguji pasukan di ranking ke-95 dunia, New Zealand di Auckland bagi aksi Tier 1 selepas berentap dengan sebuah pasukan kelab utama bagi aksi persahabatan Tier 2.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman mengesahkan pihaknya sedang menunggu maklum balas daripada beberapa lagi pasukan untuk melengkapkan perlawanan bagi jendela Fifa pada November nanti.
“Kita sah ada satu perlawanan menentang India pada 19 November dan kita sedang mendapatkan maklum balas daripada pasukan itu sebelum kita umumkan nanti,” katanya.
sumber:- HM
Difahamkan, satu lagi pasukan itu adalah pasukan dari Asia Selatan memandangkan kedudukan geografi yang dekat dengan India.
Enam gol terhasil menghiasi pertembungan dua musuh tradisi iaitu Malaysia dan Pakistan yang sekali lagi berakhir dengan keputusan seri buat… Read More
Bekas pemain kebangsaan, S Subramaniam menyifatkan kehadiran ramai pemain warisan dalam skuad kebangsaan dan peningkatan jumlah pemain import di pentas… Read More
Perbezaan kualiti ditampilkan pemain warisan ketika membantu Harimau Malaya membelasah Vietnam 4-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium… Read More
MASIH sukar untuk menzahirkan gambaran sebenar tentang kemampuan Gabriel Palmero memandangkan pasukannya, CD Tenerife B yang meminjamnya daripada kelab La… Read More
Hanya masa menentukan semula penyatuan kembali bola sepak Kelantan. Itulah harapan yang kini mula menyinar semula di hati peminat bola… Read More
Penghasilan bakat di Johor, menjadi pemain penting Sri Pahang dan pulang semula ke Johor. Kelincahan pemain berusia 23 tahun, Ibrahim… Read More