Harimau Malaya sah tidak akan diswastakan dengan skuad itu akan terus kekal di bawah kendalian Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Perkembangan itu disahkan Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi yang menjelaskan satu unit baharu yang tetap berada di bawah seliaan badan induk itu akan ditubuhkan untuk memantau dan mengendalikan skuad kebangsaan secara khusus selepas ini.
Malah, skuad bawah 23 tahun (B-23) akan turut diletakkan di bawah unit khas itu bagi memastikan kesinambungan antara skuad senior dan skuad pelapis dapat diteruskan tanpa sebarang masalah.
“Isu penswastaan pasukan kebangsaan ini tidak timbul kerana akan ada satu unit khas untuk pasukan kebangsaan yang turut membabitkan skuad B-23.
“Unit ini akan bertanggungjawab kepada Presiden (Tan Seri Hamidin Mohd Amin) dan juga Exco FAM. Cuma peruntukan untuk unit ini akan dijaga khusus supaya kewangannya tidak digunakan kepada lain kerana kita pun ada banyak skuad kebangsaan yang lain.
“Idea ini adalah daripada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim dan dibincangkan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Idea ini adalah untuk membantu dan menambah baik skuad kebangsaan,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Ahli Jawatankuasa FAM di Wisma FAM, hari ini.
Sebagai rekod, Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) tidak akan menyekat projek ‘penswastaan’ skuad Harimau Malaya untuk bergerak secara berasingan namun itu tidak bermaksud pengurusan skuad kebangsaan perlu ‘bercerai’ dengan FAM.
Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor Paul John menjelaskan struktur baharu untuk mengasingkan pengurusan skuad kebangsaan itu perlu kekal berada di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab FAM.
Terdahulu, BH melaporkan seolah-olah wujud idea baharu untuk memperkasakan skuad Harimau Malaya di pentas antarabangsa dengan mencadangkan agar pasukan kebangsaan bergerak berasingan atau dalam erti kata lain diswastakan.
sumber:- BH
Perkara itu dikongsikan Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) di laman sosial miliknya apabila berkongsi sistem, peranan dan carta organisasi badan bebas itu.
Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More
Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More
'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More
Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More
Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More
Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More