sukan

Liverpool makin ‘gayat’ dipuncak

Gol awal Diogo Jota sudah cukup untuk memberikan Liverpool kemenangan tipis 1-0 ke atas Crystal Palace, hari ini.

Kemenangan itu menyaksikan The Reds kekal muncul pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) menjelang tempoh rehat untuk aksi antarabangsa.

Palace hampir menjaringkan gol dalam masa 30 saat selepas Ismaila Sarr melepasi Kostas Tsimikas dan menghantar bola kepada Eddie Nketiah, yang menyempurnakan peluang dengan baik tetapi terperangkap dalam kedudukan ofsaid.

Liverpool mendahului pada minit kesembilan apabila Cody Gakpo menerima hantaran daripada Tsimikas di sebelah kiri dan menghantar bola kepada Jota, yang dengan mudah melepasi pemain Palace, Trevor Chalobah, sebelum menjaringkan gol dari jarak dekat.

Jota terlepas dua peluang terbaik pada setiap babak ketika Liverpool gagal menamatkan perlawanan dengan jaringan lebih selesa.

Tuan rumah menambah tekanan pada lewat perlawanan tetapi tidak berjaya menyamakan kedudukan dan kekal gagal meraih kemenangan dalam aksi liga dengan hanya tiga mata daripada tujuh perlawanan.

“Saya rasa ia sentiasa sukar untuk bermain di sini. Keputusan perlawanan sebelum ini semuanya sangat sengit,” kata pemain terbaik perlawanan, Virgil van Dijk.

sumber:- HM

“Kami boleh bermain dengan lebih baik pada separuh masa kedua. Secara keseluruhan, ia adalah tiga mata penting dan kami memasuki tempoh rehat antarabangsa dengan semangat yang tinggi,” katanya lagi.