sukan

Komen padu TMJ selepas aksi JDT , Perak ditunda lagi

PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sekali lagi menyuarakan kekesalan terhadap kualiti padang bola sepak di negara ini.

Rasa terkilan itu hadir apabila perlawanan Liga Super, Perak FC menentang JDT di Stadium Perak ditangguh buat kali kedua berikutan cuaca dan keadaan padang seperti yang berlaku di venue sama pada 17 Ogos lalu.

Menurut Tunku Ismail, hampir semua padang bola sepak di negara ini masih belum berada dalam keadaan baik untuk perlawanan.

“Dah 2024. Sibuk nak bola sepak Malaysia maju tapi 90 peratus padang dalam negara masih keadaan teruk.“Amat memalukan dengan negara-negara jiran. Negara jiran semua sudah tingkatkan padang dan infra bola sepak. Kita hanya bercakap nak berubah tetapi tiada tindakan.

“Peruntukan sudah ditawarkan KBS (Kementerian Belia dan Sukan) tetapi semua kelab tak terima,” ujar Tunku Ismail yang juga Pemangku Sultan Johor.

Perlawanan Perak menentang JDT yang dijadualkan bermula jam 8.15 malam kemudian ditangguhkan ke jam 8.45 malam dan sekali lagi pada jam 9.15 malam sebelum komisar perlawanan mengumumkan penangguhan perlawanan tersebut atas faktor cuaca dan keadaan padang yang tidak sesuai untuk perlawanan.

Jelas Tunku Ismail lagi, kebanyakan kelab tidak menerima tawaran KBS kerana tidak sanggup mengeluarkan kos untuk penyelenggaraan padang.

“Dapat padang percuma pun tak terima. Pasal tak sanggup maintain padang RM200,000 setahun. Pemain berjuta boleh beli, kerusi stadium berjuta boleh bayar.

sumber:- SH

“Padang RM200,000 setahun dan gaji pemain tak boleh bayar. Amat memalukan. Musim tengkujuh sudah nak mula. Berapa aksi lagi nak kena tunda? Membazir, dan sangat memalukan,” tulis Tunku Ismail di laman sosialnya.