Penyerang baru Johor Darul Ta’zim (JDT), Jese Rodriguez, teruja untuk memulakan cabaran bersama kelab itu selepas sah memeterai kesepakatan untuk bersama Harimau Selatan semalam.
Rodriguez merupakan seorang pemain sayap dan penyerang yang pernah mewakili skuad senior Real Madrid sebanyak 63 kali dari 2011 hingga 2016, di mana dia turut menjaringkan 13 gol sepanjang tempoh itu.
Sepanjang di Santiago Bernabeu, dia merupakan rakan sepasukan kepada bintang dunia, Cristiano Ronaldo, di mana mereka bersama-sama menjuarai dua gelaran Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan satu kejuaraan Piala Dunia Kelab.
Dia kemudian berkhidmat bersama PSG sehingga 2020 dengan 12 penampilan dan satu gol sebelum dipindahkan beberapa kelab seperti Stoke City dan Real Betis.
Dalam satu kiriman media sosial sebaik diumumkan sebagai pemain baru Harimau Selatan, Rodriguez berkata: “Amat gembira untuk peluang baru yang diberikan dalam bola sepak.
sumber:- stadium astro
“Hari ini, saya memulakan pengembaraan baru saya di kelab terkemuka @officialjohor.”Saya yakin bahawa kami akan mencapai banyak kejayaan bersama-sama. Tidak sabar untuk memulakannya.”
Kancah Liga A1 Semi Pro 2025-2026 bakal menjadi pertarungan lebih meriah apabila 16 pasukan mengesahkan penyertaan dalam saingan separuh profesional… Read More
Enam gol terhasil menghiasi pertembungan dua musuh tradisi iaitu Malaysia dan Pakistan yang sekali lagi berakhir dengan keputusan seri buat… Read More
Bekas pemain kebangsaan, S Subramaniam menyifatkan kehadiran ramai pemain warisan dalam skuad kebangsaan dan peningkatan jumlah pemain import di pentas… Read More
Perbezaan kualiti ditampilkan pemain warisan ketika membantu Harimau Malaya membelasah Vietnam 4-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium… Read More
MASIH sukar untuk menzahirkan gambaran sebenar tentang kemampuan Gabriel Palmero memandangkan pasukannya, CD Tenerife B yang meminjamnya daripada kelab La… Read More
Hanya masa menentukan semula penyatuan kembali bola sepak Kelantan. Itulah harapan yang kini mula menyinar semula di hati peminat bola… Read More