sukan

JDT benar-benar mahu ‘meletup’ sah sambar Bintang Real Madrid

Johor Darul Ta’zim (JDT) nyata benar-benar mahu ‘meletup’ dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim ini apabila sah mengikat bekas penyerang Real Madrid, Jese Rodriguez.

Pengumuman itu dibuat di laman Facebook rasmi JDT hari ini yang menyaksikan bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo itu bakal menyarung jersi bernombor 33.

“Dia (Rodriguez) bermain bersama kelab terhebat dan beraksi di semua saingan tertinggi. Pemenang dua kali Liga Juara-Juara Eropah itu kini sertai keluarga JDT.

“Selamat datang ke rumah juara,” kata kenyataan JDT di laman sosial kelab Harimau Selatan itu.Terdahulu, Arena Metro melaporkan kemungkinan bekas pemain Real Madrid bakal menyertai JDT dalam waktu terdekat ini.

Spekulasi itu timbul selepas media luar negara, Marca melaporkan Jese Rodriguez kini dalam perjalanan ke Malaysia untuk menyertai sebuah kelab gergasi di Liga M.

Malah, laporan berkenaan turut mencuri perhatian pemilik kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang meninggalkan tanda suka.

Untuk rekod, penyerang berusia 31 tahun itu sebelum ini pernah beraksi bersama Real Madrid dari 2011 hingga 2016 bersama beberapa bintang terkenal seperti Cristiano Ronaldo, Pepe, Gareth Bale dan ramai lagi dengan meledak 13 gol daripada 63 penampilan.

Selepas itu dia juga pernah menyertai Paris Saints Germain (PSG), Stoke City, Real Betis, Sampdoria dan banyak lagi.

Dalam kempen ACLE ketika ini menyaksikan JDT berada pada prestasi terbaik apabila menghuni tangga kedua carta Kumpulan Zon Timur selepas melakar satu kemenangan dan satu seri untuk mengumpul empat mata setakat ini.

sumber:- HM

Kemenangan diraih ke atas kelab China, Shanghai Shenhua 3-0 dan seri 2-2 dengan satu lagi kelab dari negara Tembok besar itu iaitu Shanghai Port.