Terengganu FC (TFC) terus kemarau kemenangan selepas terikat 1-1 dengan PDRM FC dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, sebentar tadi.
TFC yang dikendalikan jurulatih sementara, Badrul Afzan Razali selepas peletakan jawatan ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner, Selasa lalu perlu menyalahkan diri sendiri selepas gagal memanfaatkan beberapa peluang terhidang untuk mencipta kemenangan.
Pada perlawanan itu, penyerang import baharu, Nelson Bonilla berjaya meletakkan pasukannya di depan selepas menjaringkan gol pada minit ke-44 untuk mendahului pelawat 1-0.
Lebih manis jaringan penyerang kelahiran El Salvador itu yang berpunca daripada bola muntah tampanan penjaga gol lawan hasil rembatan Mohd Azam Azmi Murad adalah gol pertamanya bersama pasukan itu.
Terdahulu, TFC yang mendominasi permainan bermula garang dan mempunyai peluang terbaik bagi mendahului skuad The Corp menerusi kapten, Safawi Rasid namun sepakannya terkena tiang gol pada minit keempat.
Pada minit ke-13, Bonilla berpeluang untuk mencetak ‘akaun gol’ pertamanya dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) tetapi dia gagal menyudahkan hantaran lintang Azam Azmi.
Sepanjang babak pertama, PDRM FC kendalian P Maniam hanya sekali mempunyai peluang terbaik untuk menjaringkan gol pada minit ke-19 hasil kesilapan penjaga gol, Suhaimi Husin yang gagal menangkap kemas tetapi bekas penyerang Terengganu FC II (TFC II), Bruno Suzuki gagal memanfaatkan peluang itu selepas sepakannya terkena palang.
sumber:- BH
Memasuki babak kedua, pelawat tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan selepas rembatan akrobatik Suzuki berjaya disudahkan menerusi tandukan terbang pemain tengah, Chidi Osuchukwu pada minit ke-52.Gol penyamaan itu menyaksikan kedudukan kekal 1-1 hingga tamat perlawanan.
Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan ketibaan pemain penyerang baru yang akan memperkuatkan pasukan itu dari Brazil iaitu Jairo… Read More
Pemain beregu campuran negara, Toh Ee Wei menyatakan rasa kagum terhadap gandingan No. 1 Thailand, Dechapol Puavaranukroh–Supissara Paewsampran yang dianggap… Read More
Pemain Kelantan Darul Naim (KDN) FC, Jasmir Mehat mempersoalkan keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memberikan lesen kebangsaan penuh kepada pasukan… Read More
Bertiup kencang ketika ini apabila pemain tengah muda Athletic Bilbao, Mikel Jaureguizar dilaporkan media Sepanyol bahawa bintang berusia 21 tahun… Read More
Skuad Harimau Malaya tidak boleh terlalu selesa meskipun memiliki peluang cerah untuk meraih tiket ke pusingan akhir Piala Asia 2027… Read More
Pendatang baru Liga Turkiye, Kocaelispor dilaporkan berminat mendapatkan khidmat penyerang baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo. Minat terhadap penyerang kelahiran Brazil… Read More