Arne Slot muncul pengurus pertama Liverpool menang lapan daripada sembilan perlawanan pertama ketika jaringan cemerlang Mohamed Salah memastikan kemenangan 2-0 ke atas Bologna pada aksi Liga Juara-Juara awal pagi tadi.
Slot bermula cemerlang selepas menggantikan Jurgen Klopp dan kemenangan kedua berturut-turut Liverpool dalam Liga Juara-Juara musim ini satu lagi detik bersejarah buat pengendali dari Belanda itu.
Alexis Mac Allister meletakkan Liverpool di depan pada minit ke-11 di Anfield dan Salah meledak gol ke-49 dalam Liga Juara-Juara pada minit ke-75.
Menghuni tangga teratas Liga Perdana Inggeris selepas enam perlawanan musim ini, Slot memastikan Liverpool tidak hilang apa-apa sejak berakhirnya era kegemilangan Klopp.
Malah Klopp, Kenny Dalglish, Bill Shankly dan Bob Paisley tidak mampu mencatat permulaan cemerlang ketika mengendalikan The Reds.
sumber:- BH
“Ia tidaklah mustahil untuk melakukan sesuatu yang istimewa di kelab ini. Ia banyak menceritakan bagaimana kami bermula, bagaimana pemain dibeli dan usaha yang dilakukan,” kata Slot.