Penyokong pasukan Merah Kuning bakal menerima khabar gembira apabila pemain import terbaharu mereka, Nikola Jambor tersenarai dalam 20 pemain bertemu DH Cebu FC malam ini.
Perkhabaran itu dimaklumkan pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil dalam satu sidang media pra-perlawanan semalam.
Dalam kenyataannya, besar kemungkinan untuk melihat Nikola Jambor diturunkan dalam perlawanan Liga Juara-Juara Asia 2 menentang DH Cebu FC malam ini, namun beliau juga harus meneliti sebarang keputusan yang akan diambilnya.
“Beliau (Nikola Jambor) telah kemarau aksi kompetitif sejak 3-4 bulan yang lalu, dan beliau hanya menyertai kami dalam tempoh 2 minggu.”
“Beliau menunjukkan perkembangan yang bagus, namun kami juga tidak mahu mengambil risiko dengan menyenaraikan beliau dalam kesebelasan utama secara tergesa-gesa. Kita akan lihat bagaimana, mungkin memasukkan beliau dalam 15-20 minit terakhir perlawanan.” ujar Nidzam.
sumber:- stadium astro
“Apa yang saya boleh sahkan, beliau akan tersenarai dalam 20 pemain untuk perlawanan esok (malam ini).”Terdahulu, Selangor FC mengumumkan ketibaan pemain import kelahiran Croatia, Nikola Jambor bagi saingan Liga Super Malaysia & Liga Juara-Juara Asia 2 musim ini.
PELARI pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi mencipta sensasi apabila membantu kuartet Universiti Auburn untuk menjuarai acara 4x100 meter berganti-ganti… Read More
Bek tengah Harimau Malaya, Facundo Garces, membuat hantaran media sosial pertamanya mengenai Malaysia sebentar tadi. Sejak disahkan sebagai pemain kebangsaan… Read More
Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More
Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More
'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More
Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More