sukan

Kelibatnya kelihatan di Stadium Sultan Ibrahim

Ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Indonesia, Shi Tae-yong dikesan berada di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri ketika perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) Selasa lalu.

Kehadiran beliau adalah untuk menyaksikan perlawanan diantara tuan rumah JDT menentang Shanghai Shenhua di mana menyaksikan JDT mudah membenam cabaran lawan tersebut dengan keputusan 3-0.

Namun apa yang menarik, Shin Tae-yong hadir dengan misi beliau yang tersendiri selain menyaksikan perlawanan tersebut di mana beliau turut bertemu dengan pemain pertahanan Indonesia, Jordi Amat dan pemain Korea Selatan, Park Jun-heong.

Dalam diam, beliau turut meluangkan masa untuk melihat dan memerhati persembahan pemain-pemain kebangsaan China yang bermain untuk pasukan Shanghai Shenhua seperti Wang Haijian, Jiang Shenglong, dan Yang Zexiang.

sumber:- stadium astro

Hal ini merupakan sebahagian daripada persediaan pasukan kebangsaan Indonesia yang akan menentang pasukan China dalam aksi ketiga Kumpulan C Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia yang akan berlangsung pada 15 Oktober 2024 di Qingdao Youth Football Stadium.