Persatuan Badminton Malaysia (BAM), hari ini mengumumkan rombakan di bahagian pemain dengan melepaskan 13 pemain daripada senarai skuad senior kebangsaan bagi tahun 2025.
Turut diumumkan adalah senarai 34 pemain yang akan menggalas tugas sebagai pemain senior termasuk pemain remaja yang dinaikkan pangkat.
BAM dalam satu kenyataan berkata, pemain yang dilepaskan adalah empat perseorangan lelaki (Chua Kim Sheng, Ong Zhen Yi, Kok Jin Hong, Lee Jan Jireh) dan dua perseorangan wanita (Siti Nurshuhaini Azman, Ung Yi Xing).
Turut dilepaskan adalah dua pemain dalam beregu lelaki iaitu Beh Chun Meng dan Choi Jian Sheng, dua pemain beregu wanita Anna Cheong dan Low Yeen Yuan serta tiga pemain beregu campuran – Jeremy Juan, V Poopathi dan Lai Ting Chen.
Badan induk itu menjelaskan, proses pemilihan dilakukan secara terperinci membabitkan pengurusan dan pasukan kejurulatihan persatuan diketuai Pengarah Kejurulatihan, Rexy Mainaky.
Dan proses pemilihan itu dilakukan bagi memastikan negara memiliki pasukan yang kompetitif pada masa depan.Dalam senarai 34 pemain, empat pemain perseorangan yang kekal adalah Ng Tze Yong, Leong Jun Hao, Justin Hoh dan Eogene Ewe manakala empat pemain perseorangan wanita dikekalkan adalah K Letshanaa, Wong Ling Ching, Oo Shan Zi dan Siti Zulaikha Azmi.
Dalam beregu lelaki, tujuh pasangan disenarai dalam skuad senior diketuai Aaron Tai-Soh Wooi Yik, Man Wei Ching-Tee Kai Wun, Choong Hon Jian- Muhammad Haikal Nazri, Wan Arif Junaidi-Yap Roy King, Fazriq Razif-Bryan Goonting.
Begitupun dalam beregu wanita, hanya satu gandingan disenarai dalam skuad negara iaitu Pearly Tan dan M Thinaah dengan senarai lain akan ditentukan selepas kehadiran ketua jurulatih di bahagian itu.
sumber:- BH
Untuk beregu campuran, enam pasangan disenaraikan yang diketuai juara Terbuka Korea Selatan, Chen Tang Jie-Toh Ee We, Yap Roy King-Valeree Siow, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, Loo Bing Kun-Ho Lo Ee, Low Han Chen-Wee Yee Hern dan Liew Xun-Vannee Gobi.