Skuad badminton remaja negara bermula dengan langkah kanan apabila meraih dua kemenangan mudah dalam aksi Kumpulan C di Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Nanchang, China.
Pada perlawanan berlangsung di Pusat Sukan Antarabangsa Nanchang itu, Malaysia bermula cemerlang apabila mudah menjinakkan Mongolia dengan skor 110-48.
Skuad bimbingan Jeffer Rosobin itu kemudiannya meneruskan rentak kemenangan membenam Norway, 110-51.
Bagi Jeffer, beliau berpuas hati dengan aksi dipamerkan pemainnya dalam dua perlawanan hari ini.”Semuanya nampak berjalan dengan baik dan pemain nampaknya sudah serasi dengan format baharu pertandingan.
“Saya harap mereka akan kekal fokus untuk perlawanan esok,” katanya.
Skuad negara seterusnya akan berdepan Estonia, esok sebelum turun berdepan Belanda pada Rabu.
Dua kemenangan itu mencerahkan peluang skuad negara untuk mara ke suku akhir apabila Malaysia perlu muncul juara Kumpulan C.
Kejohanan Remaja Dunia kali ini buat kali pertama memperkenalkan format baharu iaitu 10 perlawanan akan dimainkan membabitkan dua perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran.
sumber:- HM
Setiap perlawanan akan dimainkan hingga 11 mata dan pasukan pertama yang mencapai 110 mata disahkan sebagai pemenang.Kali terakhir pasukan remaja negara bergelar juara dunia adalah pada 2011 di Taiwan.
Skuad hoki negara terpaksa akur dengan kebangkitan New Zealand selepas tewas 3-4 dalam perlawanan kedua Kumpulan B, Kejohanan Piala Negara-Negara… Read More
Di sebalik prestasi memberangsangkan barisan beregu lelaki negara, Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky memberi peringatan tegas… Read More
Kancah Liga A1 Semi Pro 2025-2026 bakal menjadi pertarungan lebih meriah apabila 16 pasukan mengesahkan penyertaan dalam saingan separuh profesional… Read More
Enam gol terhasil menghiasi pertembungan dua musuh tradisi iaitu Malaysia dan Pakistan yang sekali lagi berakhir dengan keputusan seri buat… Read More
Bekas pemain kebangsaan, S Subramaniam menyifatkan kehadiran ramai pemain warisan dalam skuad kebangsaan dan peningkatan jumlah pemain import di pentas… Read More
Perbezaan kualiti ditampilkan pemain warisan ketika membantu Harimau Malaya membelasah Vietnam 4-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium… Read More