Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menentang sekeras-kerasnya penstriman secara haram untuk menonton perlawanan Liga Malaysia (Liga M) 2024-2025.
Bagi menjaga privasi perlawanan secara langsung dan hak penyiaran rasmi, penyokong-penyokong dilarang untuk menyaksikan sebarang perlawanan secara haram di mana-mana platform media sosial atau laman web tidak rasmi yang juga termaktub mengikut Seksyen 43AA Akta Hak Cipta.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Giorgio Pompili Rossi, Astro selaku penyiar rasmi dan RTM sebagai rakan penyiar rasmi sentiasa berusaha memberikan siaran perlawanan serta liputan yang lebih komprehensif bagi Liga M musim ini demi kepuasan peminat bola sepak tempatan.
Justeru, aktiviti mempromosikan atau menggalakkan tontonan di laman web haram tidak seharusnya berlaku selain berharap penyokong Liga M menunjukkan tanda sokongan kepada kelab kegemaran masing-masing dengan menonton perlawanan secara langsung di platform yang disediakan.
“Kami di pihak MFL sangat menjaga privasi kandungan dan tontonan aksi Liga M di mana kami juga ingin menjaga hak penyiar rasmi iaitu Astro dan RTM yang sentiasa berusaha memberikan liputan terbaik kepada penyokong.
“Kami juga mahu melindungi nilai komersial Liga M di mana hak penyiaran juga adalah antara punca pendapatan besar kepada kelab-kelab.
“Justeru, apabila ada yang masih mempromosikan siaran langsung secara haram, MFL sememangnya berasa kecewa dan berharap situasi sebegini tidak lagi berlaku.
“Harapan saya adalah penyokong-penyokong tidak sesekali menonton sebarang perlawanan secara haram sebaliknya menonton siaran yang disediakan iaitu Astro dan RTM,” katanya.
Terdahulu, Kelantan Darul Naim FC dikenakan denda sebanyak RM 5,000 serta amaran pertama selepas mengeluarkan kenyataan media dengan mempromosikan penstriman langsung (bukan penyiar rasmi) di laman media sosial rasmi kelab pada 27 September lalu.
sumber:- HM
Ini jelas melanggar Peraturan Media seperti yang termaktub dalam Manual Liga Malaysia 2024.Sekiranya perkara sama berulang lagi, hukuman yang lebih berat akan dikenakan kepada mana-mana kelab yang melanggar peraturan itu.
Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More
Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More
'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More
Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More
Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More
Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More