sukan

Berdepan JDT merupakan aksi terakhir

Perak FC bakal melayani kunjungan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan tertunda di Stadium Perak, Sabtu ini.

Ia menjadi perlawanan terakhir skuad Seladang di Ipoh sebelum berpindah ke Stadium Manjung bagi memberi laluan kepada kerja-kerja naik taraf padang di Stadium Perak.

Sehubungan itu, Pengurus Besar Perak FC, Neow Choo Seong merayu kepada penyokong tuan rumah supaya hadir memenuhi stadium dan menyuntik semangat kepada skuad Seladang.

“Moral pasukan sedang dalam keadaan terbaik dan pemain bersedia memberikan persembahan terbaik mereka.”Perlawanan terakhir di Ipoh bukan hanya sekadar permainan bola sepak, ia adalah maraikan perjalanan yang kita kongsi bersama penyokong Perak sepanjang musim ini.

“Namun, kami juga mengingatkan peminat untuk menunjukkan rasa hormat dan menjaga kelakuan masing-masing.

“Fokus kepada keterujaaan permainan dan tolong elakkan sebarang konflik di luar padang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Perlawanan antara Perak dan JDT yang sepatutnya berlangsung pada 17 Ogos lalu terpaksa ditunda akibat cuaca buruk.

sumber:- BH

Perak kini berada di tangga keempat Liga Super selepas memenangi tiga perlawanan terakhir termasuk ketika berdepan Negeri Sembilan FC, Sri Pahang FC dan KL City.