sukan

Alasan Slutskiy punca dimalukan JDT

Pengendali Shanghai Shenhua FC, Leonid Slutskiy menyalahkan jadual padat dalam kancah Liga Super China (CSL) menjadi punca mereka tewas mengejut 0-3 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam tadi.

Tanpa berselindung, pengendali kelahiran Russia itu mendedahkan pasukannya terpaksa beraksi dalam enam perlawanan dalam tempoh 18 hari dan mengakui JDT sememangnya layak untuk meraih kemenangan selain taktikal permainan barisan pemainnya yang kurang efektif turut memberi kesan.

“Malang buat kami dan lawan kami berhak menang. Kami perlu kompetitif dalam kejohanan ini namun pemain dalam keadaan optimum ekoran jadual yang padat. Seandainya kami berada dalam keadaan fizikal yang baik kemungkinan kami tidak akan tewas.

“Sebaik perlawanan bermula, kami tidak bermain dengan baik malah lambat bertindak dan membiarkan JDT menguasai permainan di posisi tengah. Kami terlalu memberikan ruang kepada pemain lawan terutama nombor 42 (Arif Aiman Hanapi) yang bebas bergerak.

“Kita lihat dalam persiapan menghadapi saingan elit Asia, JDT bagaikan ada dua pasukan iaitu satu pasukan untuk saingan ACLE manakala satu lagi untuk saingan liga tempatan manakala kami pula hanya bergantung kepada pemain mengharungi saingan liga, ACLE dan Piala China,” katanya.

Slutskiy menambah JDT yang seakan memiliki dua pasukan itu tidak berdepan masalah membuat penggiliran pemain ketika barisan pemainnya tampak keletihan malah ia terbukti selepas kehilangan perancang utama,

sumber:- BH

“JDT boleh menukar 11 pemain yang beraksi di Liga Super untuk beraksi di ACLE. Itu yang membezakan antara kami dan JDT tapi saya terima kekalahan dan akan berusaha untuk bangkit pada aksi seterusnya,” katanya.