Terengganu FC (TFC) berpotensi dikenakan sekatan perpindahan pemain oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) selepas bekas pemain importnya dari Thailand, Adisak Kraison mendakwa tidak menerima baki gaji yang tertunggak berjumlah lebih enam angka.
Menurut peguam sukan yang mewakili Adisak, Syed Nur Aiman Syed Abdul Hamid, Fifa memberi tempoh selama 45 hari dari tarikh surat dikeluarkan pada 4 September untuk menyelesaikan sepenuhnya tunggakan itu.
Jelasnya, Fifa menerima afidavit yang diserahkan berhubung kegagalan pembayaran baki gaji kepada bekas penyerang skuad kebangsaan Thailand itu.
“Berdasarkan regulasi, Fifa memberi tempoh selama sebulan lebih untuk Terengganu FC selesaikan baki tunggakan termasuk kos lain.
Untuk rekod, Adisak menyertai skuad Penyu pada musim lalu dan meledak tiga gol dalam 19 penampilan buat kelab Pantai Timur itu.
Sementara itu, Fifa turut mengarahkan Kuala Lumpur City FC (KL City) menyelesaikan tunggakan gaji bekas awang importnya, Sebastian Avanzini.
sumber:- HM
Sekatan perpindahan pemain bakal menanti KL City jika gagal menyelesaikannya dalam tempoh 45 hari dari tarikh surat dikeluarkan pada 20 September lalu.