Johor Darul Ta’zim (JDT) mempamerkan dominasi dalam aksi kedua saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) apabila mendahalui Shanghai Shenhua 2-0 menjelang separuh masa di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri ketika ini.
Beraksi di laman sendiri, bintang Harimau Selatan, Arif Aiman Hanapi, memecahkan kebuntuan pada minit ke-11 menerusi gerakan solonya dari sebelah kanan sebelum melepaskan penyudah serong yang menewaskan penjaga gol lawan.
Sumber:- stadium astro
15 minit berselang, giliran pemain import, Jorge Obregon, menggandakan kelebihan tuan rumah dengan menanduk masuk lintangan gemilang Murilo.