Kapten Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat berharap mampu membantu pasukan itu untuk melakar kemenangan seandainya diturunkan dalam kesebelasan utama berdepan Shanghai Shenhua FC pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.
Katanya, aksi di laman sendiri sangat istimewa kerana kehadiran penyokong sendiri meningkatkan lagi motivasi setiap pemain untuk memberi persembahan terbaik dalam pertembungan dengan kelab China itu.
“Seperti apa yang jurulatih (Hector Bidoglio) beritahu, aksi pertama dalam saingan ACLE tampak positif selepas tidak tumpas, sebaliknya hanya seri dan kami harus tampil dengan corak permainan lebih konsisten bagi mencari kemenangan.
“Tidak dinafikan pasukan lawan adalah pasukan kuat dengan corak permainan pantas dan kami harus lebih berwaspada di benteng pertahanan bagi mengelak daripada melakukan kesilapan.
“Untuk aksi kedua ACLE ini, kami membuat persiapan rapi dan memperbaiki apa jua kelemahan, malah saya harus bersiap sedia sama ada akan diturunkan atau sebaliknya, semuanya saya serah kepada perancangan jurulatih,” kata Amat.
Sementara itu, pemain tengah Shanghai Shenhua, Joao Teixeira berkata, semua pemain sudah bersiap sedia menentang skuad Harimau Selatan di gelanggang keramatnya itu.
Bekas pemain Liverpool dan Feyenoord itu yang tidak beraksi pada perlawanan liga sebelum ini bertekad untuk memberikan yang terbaik meskipun tahu akan berdepan tugas sukar.
sumber:- HM
“Tidak dinafikan, JDT adalah satu pasukan hebat dan kami perlu lebih kompetitif untuk menyaingi kehebatan mereka. Pastinya, kami akan cuba sehabis baik dan beraksi tanpa tekanan.”Sudah pasti pertembungan malam ini berintensiti tinggi dan kami sudah bersiap sedia dari setiap sudut,” ujarnya.