sukan

Bukan Arif Aiman jadi kerisauan jurulatih Shanghai Shenhua tapi pemain lain

Ketua jurulatih Shanghai Shenhua, Leonid Slutsky, teruja dengan ujian berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, malam esok.

Hadir dalam kancah berbeza — Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) bakal menawarkan peluang berharga untuk mengukur kemampuan di pentas lebih besar besar.

“Ini sebuah perlawanan yang seimbang, JDT hebat dalam soal teknikal, sebuah pasukan yang sangat menarik sentiasa mendominasi serangan dan kancah Malaysia.

Dalam kancah Liga Super China, Shanghai Port lebih dominasi, gemar mengatur asakan selain memiliki variasi serangan tetapi tidak sentiasa begitu dalam soal bertahan. Perlawanan esok bergantung kepada perkara seumpamanya,” katanya dalam sidang media praperlawanan sebentar tadi.

Shanghai Shenhua sedang merekodkan rapat pendahulu Liga Super China (CSL), Shanghai Port, dengan jurang dua mata.
Dan jurulatih kelahiran Russia itu amat menghargai peluang beraksi dalam kancah tertinggi kelab Asia.

“Arif (Aiman Hanapi) menjaringkan dua gol dalam perlawanan lalu tetapi saya sangat kagum Natxo Insa biarpun umurnya sudah mencecah 37 tahun berdasarkan kemampuan teknikalnya merencana bahagian tengah.

“JDT memiliki ramai pemain Sepanyol yang menggemari corak permainan menguasai bola, menyerang dan tidak mudah hilang bola tapi kami bermain bola sepak berbeza di China. Kami perlu kompetitif dengan permainan sebegini.

sumber:- stadium astro

“Inilah impian kami. Bukan saban tahun kami bermain dalam ACLE. Kami mahu menang dan gunakan setiap perlawanan untuk menimba pengalaman berguna,” katanya.