Perak FC meneruskan rentak gemilang selepas menewaskan Sri Pahang FC 3-0 pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, sebentar tadi.
Tiga gol, satu pada babak pertama dan dua gol babak kedua memastikan skuad kendalian Yusri Che Lah membawa pulang tiga mata manakala skuad Tok Gajah terpaksa akur tewas di halaman sendiri.
Pada minit ke-25, pemain naturalisasi tuan rumah, Sergio Aguero hampir menjaringkan gol pendahuluan tetapi bola sepakannya sedikit tersasar di sebelah kanan tiang gol Perak.
Namun tiga minit sebelum rehat kapten Perak, Luciano Guaycochea memecah kebuntuan selepas tandukannya gagal ditepis keluar penjaga gol Pahang, Azfar Arif Sukri.
Tiga minit bersambung babak kedua, Guaycochea menjaringkan gol kedua sebelum Firdaus Saiyadi menambah derita tuan rumah untuk gol ketiga pada minit ke-61.
sumber:- BH
Biarpun ketinggalan tiga gol, skuad kendalian Fandi Ahmad berusaha untuk mengurangkan defisit gol tetapi pertahanan kental pelawat menyaksikan Sri Pahang kecewa.