Beregu lelaki negara, Nur Mohd Azriyn Ayub Azriyn-Tan Wee Kiong terus membuktikan sesuatu apabila mengejutkan pilihan ketiga kejohanan dari Thailand, Pakkapon Teeraratsakul-Phataimas Muenwong untuk melangkah ke separuh akhir Terbuka Macau.
Dalam aksi suku akhir hari ini, skrip sama berulang seperti semalam apabila wakil negara itu dipaksa bekerja keras untuk menang ke atas lawan mereka sebelum melakar kemenangan 19-21, 21-19, 21-18 dalam masa 70 minit.
Pada set pertama, kedua-dua beregu menunjukkan permainan yang sangat konsisten tetapi pasangan negara terpaksa akur apabila Teeraratsakul-Muenwong beraksi lebih baik di penghujung set untuk menang 21-19.
Namun, Azriyn-Wee Kiong berjaya membawa ke set penentuan selepas beraksi lebih baik di set kedua dan meneruskan momentum itu di set ketiga untuk memastikan tempat ke separuh akhir menjadi milik Malaysia.
Menanti mereka esok adalah pilihan kedua kejohanan dari Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani yang menewaskan Lu Ming Che-Tang Kai Wei dari Taiwan, 21-11, 21-18.
Kedua-dua beregu itu pernah bertemu di KL Masters pada tahun lalu yang menyaksikan gandingan negara itu mencatatkan kemenangan 21-17, 13-21, 21-16.
sumber:- HM
Satu lagi wakil negara akan beraksi di separuh akhir esok iaitu beregu campura negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin yang akan bertemu pilihan ketiga kejohanan dari Indonesia, Dejan Ferdinansyah-Gloria Emanuelle Widjaja.